Saturday 14 January 2012

Persediaan & Amalan untuk hari akhirat

Bangun subuh hening tadi aku buka tv...rancangan al-hidayah. Tajuk hari ni tentang persediaan kita untuk kita di alam akhirat.....apa yang aku dengar tadi aku nak kongsi sama dengan pembaca2 blog aku ni....actually aku tulis apa saja yang aku nak tulis.....

Antara amalan dunia yang kita bawa sebagai persediaan di akhirat adalah :

1) Baca surah Al- Mulk - diterangkan bahawa sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini akan      terlepas dari siksaan kubur.

2) Selalu hadir di majlis-majlis ilmu - Malaikat di langit & dibumi akan mendoakan agar diampunkan golongan yang datang pada majlis-majlis ilmu bukan sahaja itu  bahkan ikan dilautan akan memohon agar golongan ini diampunkan dosa2nya.

3) Membuat ibadah Qurban - selalu & sering kali berkorban kerana binatang korban itu adalah      tunggangan kita sewaktu di padang Masyar nanti. Sekurang2nya perjalanan kita disana  dinanti      oleh haiwan tunggangan ini agar tidak bersesak2 dengan lautan umat yang lain.

4) Sentiasa membaca Azzahrowan (Surah Al-Baqarah & Surah Al-Imran) - perjalanan di padang      masyar itu nanti akan diiringi oleh awan yang melindungi dari panas terik.

5) 7 Golongan yang akan dilindungi dibawah Arasyi :
    
        a)  Pemimpin yang adil
        b)  Orang yang sentiasa menghidupkan malam dgn melakukan ibadah sekurang2nya ibadah
             solat sunat 2 rakaat.
        c)  Orang yang bersendirian menitiskan air matanya kerana teringat akan dosa-dosanya
        d)  Orang yang sentiasa memakmurkan masjid
        e)  Orang yang berkasih sayang kerana Allah Taala..contohnya berziarah saudara mara /org sakit
        f)  Orang yang sangat ikhlas untuk bersedekah
        g)  Orang yang meninggalkan maksiat yang mampu dia buat

Semoga kita tergolong didalam golongan yang melakukan ibadah dan cuba mengamalkan amalan di atas....kita manusia biasa yang mencuba untuk melakukan yang terbaik sebagai bekalan di akhirat nanti..waulahuaklam....

No comments:

Post a Comment